Peraturan

Gambaran Keseluruhan Pertandingan

Binary Blast («Contest») ialah pertandingan yang dibuka kepada semua pemegang akaun AYREX melalui akaun demo yang dibuat secara automatik selepas pendaftaran dan digunakan semata-mata untuk penyertaan pertandingan. Peserta ditentukan kedudukan mengikut amaun baki pada akhir Pertandingan. 8 (lapan) orang peserta dengan amaun baki terbesar pada akhir pertandingan akan diberikan hadiah.
Jumlah dana hadiah sebanyak USD 300 akan dikongsi antara para pemenang.

Peraturan Pendaftaran

  1. Penyertaan dalam pertandingan ini dibuka kepada semua pemegang akaun AYREX.

  2. Hanya pedagang yang berumur 18 tahun dan ke atas layak memohon pendaftaran dalam Pertandingan ini.

  3. Pendaftaran dan penyertaan dalam Pertandingan TIDAK tertakluk pada sebarang yuran atau komisen.

  4. Setelah menyertai Pertandingan, setiap peserta menerima akaun demo berasingan yang dicipta secara automatik selepas pendaftaran dan akan digunakan semata-mata bagi tujuan penyertaan Pertandingan.

  5. Pendaftaran hanya dilakukan sekali dan sah untuk semua pusingan Pertandingan yang berikutnya, walau bagaimanapun, pada setiap permulaan pusingan baru, baki akaun demo akan ditetapkan semula. Penyertaan dalam pusingan berikutnya Pertandingan ini adalah secara sukarela sepenuhnya.

  6. Pendaftaran berbilang akaun adalah tidak dibenarkan dan akan menyebabkan pembatalan kelayakan.

  7. Peserta mesti mengakui dan bersetuju bahawa sejarah dagangan mereka, nama panggilan yang dipilih, avatar dan negara asal mereka boleh diakses oleh orang awam dan Advanced Binary Technologies Ltd. tidak memastikan bahawa sebarang kerahsiaan dalam hal ini.

  8. Peserta perlu mengakui dan menerima bahawa, sekiranya mereka diberikan hadiah pada penghujung Pertandingan ini, mereka mungkin diminta untuk menyertai acara promosi dan pengumuman awam berhubung dengan Pertandingan ini dan Advanced Binary Technologies Ltd. boleh menggunakan nama dan sejarah dagangan mereka. Pemenang juga perlu memberikan nama sebenar mereka untuk diterbitkan dalam Berita Syarikat.

Peraturan Perdagangan

  1. Pusingan pertandingan diadakan tiga kali seminggu (hari Isnin, Rabu dan Jumaat) pada setiap minggu sehingga Advanced Binary Technologies Ltd. membuat keputusan untuk menamatkan pertandingan ini. Setiap pusingan bermula pada pukul 6 petang (EST) dan berlangsung selama 1 (satu) jam.

  2. Hanya dagangan opsyen jangka pendek yang dibenarkan.

  3. Dalam masa 5 minit terakhir pertandingan, pelanggan tidak boleh membuka dagangan dengan masa luput melebihi masa tamat pertandingan. Tidak lebih daripada 5 dagangan boleh dibuka pada satu masa.

  4. Baki akaun permulaan bagi setiap peserta ialah USD 1,000.

  5. Amaun dagangan maksimum bagi kedudukan yang dibuka secara serentak ialah USD 500.

  6. Amaun dagangan maksimum bagi satu kedudukan terbuka ialah USD 500.

Peraturan Hadiah dan Anugerah

  1. 8 (lapan) orang peserta dengan jumlah baki terbesar pada akhir pertandingan akan diberikan hadiah.

  2. Hanya peserta dengan baki akaun yang lebih besar daripada deposit awal layak sebagai pemenang.

  3. Sekiranya salah seorang pemenang dibatalkan kelayakannya, peserta dengan keputusan terbaik berikutnya akan mengambil kedudukan peserta yang dibatalkan kelayakan itu.

  4. Jumlah hadiah dipindahkan ke akaun sebenar pemenang dan boleh dikeluarkan tanpa sebarang had pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, akaun peserta perlu disahkan untuk dapat mengeluarkan dana hadiah. AYREX berhak membatalkan kelayakan peserta yang akaunnya tidak disahkan dalam masa 2 (dua) minggu selepas selesai pusingan berkenaan.

  5. Jumlah dana hadiah ialah USD 300 dan akan dibahagikan kepada 8 (lapan) orang pemenang berdasarkan kedudukan berikut:

    • Tempat pertama - USD 100
    • Tempat kedua - USD 75
    • Tempat ketiga - USD 50
    • Tempat keempat - USD 25
    • Tempat kelima - USD 20
    • Tempat keenam - USD 15
    • Tempat ketujuh - USD 10
    • Tempat kelapan - USD 5

  6. Pemenang akan diberitahu melalui e-mel. Advanced Binary Technologies Ltd. tidak bertanggungjawab terhadap ketidakupayaan peserta untuk menerima pemberitahuan e-mel sama ada disebabkan oleh masalah teknikal atau sebarang halangan lain yang mungkin dihadapi oleh mereka.

Dasar Lain

Advanced Binary Technologies Ltd. berhak membatalkan kelayakan peserta, mengubah peraturan, keperluan dan hadiah Pertandingan tanpa notis awal dan pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara mutlaknya.