F.A.Q.

Apakah Ledakan Binari?
Ledakan Binari merupakan pertandingan dagangan demo dengan hadiah wang tunai sebenar. Dalam masa 1 jam atau lebih, peserta perlu melakukan dagangan dalam mod demo dengan baki permulaan sebanyak $1,000 bagi mencapai keuntungan yang maksimum. 8 peserta dengan baki maksimum pada penghujung setiap pusingan akan menerima sehingga $100 sebagai hadiah wang tunai, yang percuma untuk digunakan sebagai dagangan atau boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat pertandingan, sila rujuk halaman Peraturan.
Adakah ia percuma?
Penyertaan pertandingan adalah 100% percuma dan tidak memerlukan sebarang deposit awalan atau caj.
Adakah saya perlu mendaftar bagi setiap pusingan?
TIADA pendaftaran diperlukan bagi setiap pusingan baru, akaun pertandingan anda adalah sah untuk sebanyak mana pusingan yang anda pilih untuk sertai.
Bagaimanakah cara untuk saya menyertai pertandingan ini?
Sekiranya anda masih baru bersama Ayrex: Untuk menyertai pertandingan, anda perlu pergi ke halaman Pertandingan dan klik pada butang Sertai Pertandingan. Anda akan melihat borang pendaftaran, di situ anda akan diminta untuk mengisi maklumat biasa, serta memilih avatar dan nama samaran anda. Klik “Hantar” dan semak e-mel anda untuk mendapatkan surat Pengesahan dengan pautan bagi mengesahkan alamat e-mel anda. Selepas e-mel anda disahkan, proses pendaftaran anda selesai. Anda akan diingatkan mengenai pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula melalui e-mel atau sms sekiranya nombor telefon yang anda berikan adalah sah.

Sekiranya anda merupakan pedagang sedia ada Ayrex: Pergi ke halaman Pertandingan dan klik Sertai Pertandingan. Anda akan melihat satu borang kecil, anda perlu memasukkan nama samaran pertandingan anda dan pilih satu avatar. Sila ambil maklum bahawa nama samaran tidak boleh melebihi 10 simbol dan avatar tidak boleh melebihi saiz 5Mb. Klik “Hantar” dan semak e-mel anda untuk Pengesahan. Anda akan diingatkan mengenai pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula melalui e-mel atau sms sekiranya nombor telefon yang anda berikan adalah sah.
Bagaimanakah cara untuk mengubah avatar dan nama samaran saya?
Anda boleh mengubah Nama Samaran Pertandingan dan Avatar anda dalam Ruangan Peribadi di bawah seksyen “Tetapan Akaun”.
Adakah saya perlu mengesahkan akaun pertandingan saya?
Untuk mengeluarkan wang hadiah daripada akaun, anda sememangnya perlu mengesahkan akaun anda. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengesahkan identiti anda untuk mengambil bahagian.
Bilakah pertandingan ini bermula? Bagaimanakah cara untuk saya mengambil bahagian?
Ledakan Binari akan berlangsung pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 2:00 PM (waktu EET). Anda akan diingatkan 15 minit sebelum peristiwa berlangsung melalui e-mel atau 30 minit sebelum peristiwa melalui SMS (jika nombor telefon mudah alih yang anda berikan sah). Sebaik sahaja anda menerima peringatan, pergi ke halaman Pertandingan dan saksikan kiraan undur. Anda akan dibawa ke dalam pertandingan secara automatik sebaik sahaja ia berlangsung.
Bagaimana saya boleh berdagang?
Setiap peserta akan diperuntukkan dengan baki permulaan sebanyak $1,000. Sila ambil maklum bahawa jumlah wang dalam transaksi mestilah tidak melebihi $500 pada satu-satu masa. Oleh itu, sekiranya anda telah membuka satu opsyen dengan $500, maka anda tidak boleh membuka opsyen lain sehingga opsyen terdahulu tamat tempoh.
Bagaimanakah cara untuk saya menang?
Kami amat mengesyorkan supaya anda berlatih menggunakan platform demo kami terlebih dahulu. Tiada pendaftaran atau kad kredit yang diperlukan untuk berbuat demikian. Hanya dapatkan maklumat mengenai strategi dagangan jangka pendek, kukuhkan strategi anda dengan isyarat atau ikut sahaja gerak hati anda. Para pedagang terbaik kami hanya memilih strategi dan kekal pada strategi berkenaan berbanding melakukan pertaruhan yang sia-sia.
Bagaimanakah cara untuk menerima hadiah saya?
Hadiah anda akan didepositkan ke dalam akaun dagangan anda secara automatik pada penghujung pertandingan. Anda perlu mengesahkan akaun anda untuk mengeluarkan dana berkenaan. Ayrex TIDAK mengunci dana hadiah atau menunda pengeluaran berkenaan dalam sebarang bentuk seperti yang diperakui oleh puluhan penerima hadiah kami yang lain.
Ada persoalan yang kami tidak jelaskan? Sila hubungi Pasukan Sokongan kami melalui sembang langsung atau e-mel.